![]() |
Qarin mengikuti kita kemana sahaja |
Assalamualaikum semua..
Hari ni saya nak bercakap tentang Qarin.. Korang semua tahu tak apa itu Qarin?
Qarin adalah pendamping manusia iaitu jin atau boleh dikatakan sebagai "kembar" kita.. Perkataan
Qarin berasal daripada perkataan Arab yang bererti teman, pasangan atau
pendamping.. Istilah Qarin kemudian meluas yang memiliki erti roh-roh jahat,
yang terdiri daripada makhluk-makhluk halus yang sentiasa mendampingi manusia,
sejak seseorang itu dilahirkan sehingga dia meninggal dunia..
![]() |
Qarin sentiasa berjaga untuk melalaikan kita |
Qarin yang kafir akan berusaha sedaya upaya untuk membuat dampingannya lalai, was-was, dan susah untuk melakukan kebaikan.. Maka dengan itu, Allah utuskan Malaikat yang akan mengajak kita kearah kebaikan..
Kita sebagai orang Islam boleh membuat Qarin kita menjadi lemah dengan memulakan segala kerja harian kita dengan membaca "Bismillah", dan banyakkan berzikir.. Qarin akan berpisah dengan kembarnya apabila kembarnya sudah meninggal dunia.. Roh manusia akan di tempatkan di alam barzakh dan Qarin akan terus hidup kerana umur jin biasanya panjang.. Qarin dan kembarnya akan dihadapkan bersama dihadapan Allah bila tibanya hari akhirat nanti untuk diadili bersama..
(Jangan takut setiap orang ada Qarin cuma kita tak nampak dia.. Dia pun mahkluk Allah)
No comments:
Post a Comment