Assalamualaikum semua..
Ok semua takkan lah kita nak bercerita pasal makanan je kan jadi apa kata kita bercerita pasal kisah seram..
Korang ada kisah seram tak? Takpe biau saya bercerita dulu..
KISAH 1
Kisah ni terjadi di Alor Gajah.. Waktu tu kawasan tu semak je dengan hutan.. Rumah2 biasanya terletak jauh2.. Lampu jalan pon tak banyak.. Kemudian ada sepasang suami isteri ni dorang baru balik tengok wayang.. Kawasan tu macam berbukit lah kiri kanan jalan tu.. Kemudian si isteri ternampak ada perempuan pegang anak.. Mata dia terperosok pandang kearah bawah dan perempuan tu duduk atas busut.. Si isteri pon bertanya kepda si suami.. "Bang ape tu bang.. Ada perempuan lah Bang kat situ.. Apa dia buat malam2 kat situ".. Si suami menjawab "Tak ada apa lah tu.. Dah2".. Masa tu dorang naik motor dan kenderaan tak banyak yang guna jalan tu bila malam.. Kemudian bila tiba kerumah adik si suami beritahu kepada si isteri "Kak tahu tak tadi masa orang nak pergi kerja ada orang mati kena langgar.. Beranak sulung kat jalan yang ada busut tu".. Apa lagi malam tidur termimpi2..
KISAH 2
Kisah ni terjadi di Bemban.. Waktu tu kawasan tu tak macam sekarang ni.. Penuh dengan rumah.. Dulu rumah terletak jauh2.. Taman pon baru nak buat masa tu.. Ada sepasang suami isteri dalam perjalanan pulang dari menjenguk sedara mereka.. Kemudian mereka lalu di tapak taman yang baru nak buat tu.. Keliling mereka takde lampu jalan.. Penuh dengan pokok2 tinggi kiri kanan jalan.. Tiba2 terdengar suara mengilai.. Masa tu si isteri mengandung anak sulung mereka dah 7 bulan.. Bunyi mengilai tu makin dekat.. Kan pontianak suka darah permpuan mengandung ni kan (kalau tak silaplah).. Si suami pon sambil bawa motor ni pon bacalah macam2 doa dan surah2.. Masing2 berdoa meminta agar mereka selamat.. Nasib baik si isteri bawa pisau kecil bersama (mengikut petua orang dulu2 pontianak takut dengan benda2 tajam ni) dan isteri letak kat perut dia.. Kemudian bunyi mengilai tu beransur2 hilang..
KISAH 3
Kisah ni terjadi di Kandang.. Ella selamat melahirkan anak sulungnya.. Dia tinggal buat sementara dirumah ibunya sementara dalam pantang.. Masa dia nak ke tandas tiba2 dia terdengar bunyi "bot bot bot".. Dia pon menoleh kearah tingkap dapur dan ternampak kepala tanpa badan.. Dia pon memanggil ibunya "Mak!Bot bot mak".. Ibunya lantas menuju kearahnya dan membaca ayat2 Quran.. Keesokannya ibunya menyuruh menantunya mencari daun mengkuang.. "Man nanti pergi cari daun mengkuang.. Semalam "bot bot" dah datang".. Maka si suami mencari daun mengkuang..
("bot bot" tu adalah penanggal iaitu manusia yang mengamalkan ajaran sesat berkaitan ilmu hitam yang menyebabkan dia berubah menjadi penanggal bila waktu malam.. Penanggal ni biasanya makan darah ibu baru lepas bersalin... Daun mengkuang gunanya untuk menghalau penanggal sebab penanggal takut benda2 tajam sebab kalau dia dekat kat daun mengkuang tu usus2 dia yang berselirat tu akan putus..)
KISAH 4
Korang percaya tak ada mahkluk halus tinggal bersama kita.. Cuma kita je yang tak nampak.. Ok kisah kita hari ni berkisahkan pasal "orang bunian".. Atok Lam sedang menebas lalang dikebunnya.. Tetiba dia terbau bau sambal goreng.. Dia pon bersuara "Kalau kau tengah memasak pergilah masak jauh2.. Aku tak nampak kau nanti tertebas kau marah pula".. Dalam sekelip mata bau sambal goreng itu menjauh..
KISAH 5
Kisah ni berkaitan ''orang bunian gak''.. Kiah sedang mengidai baju di ampaian.. Tiba2 mata dia tak nampak.. Mata hitam dia tertutup.. Hanya nampak mata putih je.. Ibunya membawa dia ke hospital.. Dan doktor menyarankan agar Kiah menjalani pembedahan.. Tetapi ibunya tidak mahu kerana Kiah tidak sakit apa pon.. Jadi ibu Kiah pon membawa Kiah berjumpa dengan seorang Ustaz.. Ustaz tu beritahu bahawa Kiah terkena oleh "orang bunian".. Lalu Ustaz itu meminta kemenyan.. Setelah kemenyan diberi, Ustaz itu membaca doa.. Tiba-tiba kemenyan itu berpusing sendiri.. Ustaz tu bersuara.. "Ni hah anak ni mata dia tertutup tak nampak apa2".. Terdengarlah satu suara.. "Ala budak tu tadi masa idai baju terkena mata anak bunian".. Ustaz tu menjawab.. "Maaflah anak ni tak nampak.. Bukannya dia sengajakan.. Maka bunian tu pun memberitahu ubatnya.. Setelah melakukan apa yang disuruhkan bunian itu, Kiah terus boleh melihat semula..
No comments:
Post a Comment