Translate

Monday, 20 May 2013

Pra Test Dan Test JPJ

Assalamualaikum semua..

Setelah pak cik tu rasa saya macam dah ok dia cakap dia nak daftarkan saya untuk Pra Test atau QTI..
Kalau dapat hari itu juga saya Pra Test.. Dahlah baru tadi buat bukit, parking, 3 penjuru dan jalanraya.. Dan pak cik tu beritahu petang tu jugak saya Pra test.. Pak cik tu suruh tunggu kat tepi Mini Mart.. Kemudian datanglah penguji.. Dia suruh saya dan budak2 yang lain turun ke litar bawah sebab litar atas dah banyak sangat.. Ni yang lemah sebab litar bawah dia punya 3 penjuru berbukit sikit.. Sampai bawah kami disuruh duduk dekat satu pondok.. Dia panggil sorang2.. Akhirnya tiba giliran saya.. Saya disuruh buat parking dan bukit.. Penguji tu cakap 3 penjuru tak payah buat sebab tu paling senang.. Maka lepaslah untuk litar.. Kemudian kejalanraya.. Lulus jugak.. Alhamdulillah.. Kalau tak lepas kena bayau lagi.. Lepas tu saya cari pak cik tu.. Dia tanya lulus tak.. Saya jawablah lulus.. Pak cik tu cakap nanti pak cik booking test JPJ.. 

Selepas hampir sebulan tak jugak telefon.. Rupanya pak cik tu nak genapkan sebulan.. Kan lesen L kita kena sebulan sekurang2nya untuk Test JPJ.. Bila pak cik tu telefon je bagitahu lagi 2 hari nak test saya cuak jugaklah.. Yelakan tak pernah praktis pun kat rumah.. 

Dengan lafaz Bismillah dan restu Abah dan Mak, saya pun daftar nama dulu.. Saya dapat nombor 18.. Lepas semua calon dah dapat nombor masing2, kami semua disuruh keluar dan duduk ke kerusi yang disediakan untuk dengau ceramah.. Selepas mendengau ceramah Tester tu panggil ada satu budak Cina lelaki dan budak India perempuan.. "Mana tadi yang nak buat dulu tu.. Cepat2".. Maka bergerak lah budak tadi tu kearah kereta.. Kduanya gagal dibukit.. Gagal bukit maknanya gagal semuanya lahkan.. Lepas tu berderet calon2 menerima nasib yang sama.. Kemudian tibalah giliran saya.. Cuak jugaklah sebab calon2 lain semua gagal.. Saya pun gerak kekereta.. Budak India yang gagal tu keluar dan senyum kat saya.. Saya pun naik.. Pakai seatbelt.. Nasib saya check gear sebelum start enjin.. Rupanya budak India tadi tu biaukan gear tu gear satu.. Kalau saya start je enjin kompem mati enjin.. Nasib Abang saya dah bagitahu suruh check gear selalu sebelum start enjin sebab kebanyakan calon2 yang gagal ni sakit hati dan nak calon2 yang lain menerima nasib sama seperti mereka.. Alhamdulillah saya lepas ujian litar.. Kemudian tunggu lagi untuk jalanraya.. Tengok kebanyakan budak2 yang Tester dia perempuan semua gagal.. Asyik2 dia je yang bawak balik kete tu.. Doa2 dalam hati tak nak tester perempuan.. Last2 dapat gak Tester perempuan tu.. Dan hasilnya gagal.. Huhuhu..Booking lagi..

Seminggu berlalu saya akan Test JPJ buat kali kedua.. Dapat nombor 4.. Dapat Tester lelaki.. Masa naik je kete tu saya bagi salam.. Pak cik JPJ tu tersenyum.. "Takyah takut nak.. Anggap je acik ni ayah kamu.. Nanti takde lah kamu takut sangat".. Baikkan.. Kemudian buatlah pemeriksaan terhadap kenderaan..
  1. Betulkan tempat duduk..
  2. Tengok cermin..
  3. Pakai seatbelt..
  4. Pastikan gear dalam keadaan bebas..
  5. Start enjin..
  6. Check wiper..
  7. Check singal kiri dan kanan..
  8. Lampu..
Kemudian gerak kejalan A sebab Acik JPJ tu yang nakkan.. Dan hasilnya saya lulus.. Alhamdulillah.. Esoknya saya dah dapat lesen P..

Ini yang saya nak dengau

Goodbye L

Welcome P


Jadi kepada kawan2 diluau sana jangan takut.. Ingat je step yang diajau pengajau kita tu..

Pengalaman Belajar Memandu PART 2

Assalamualaikum semua..

Setelah lulus dengan jayanya dalam Ujian Undang-Undang Komputer, maka tibalah hari untuk saya mendengar ceramah Kelas Pra L dan seterusnya membolehkan saya mendapat lesen L.. 

Pagi2 dah sampai kat sekolah memandu tu.. Pak cik tu suruh saya dan ada sorang lagi budak pergi daftar dan terus masuk dewan.. Pak cik yang bagi ceramah tu kira ok lah.. Tapi asyik cerita pasal kahwin je.. Budak sebelah saya tu cakap dah macam kursus kahwin je.. Lepas pak cik tu membebel dia suruh kami semua pergi ke luar dewan.. Dia tunjukkan sebuah kete kancil.. Dia cakap ni kete awak semua akan bawak.. Lepas dia dah tunjuk apa yang ada dalam kereta tu dia suruh kami semua masuk semula ke dalam dewan dan tunggu cikgu mengajau datang.. Sorang2 dah pergi ikut cikgu masing2.. Tiba2 nama saya dipanggil.. Saya tengok orang tu bukan pak cik yang mengajau aku tu.. Orang tu panggil nama saya banyak kali maka saya pun pergi kearah dia.. Dia cakap dia akan ajau saya.. Saya pun tanya pak cik tu mana.. Dia jawab semua budak hari ni yang ajau orang lain.. Kemudian saya pun ikut dia ke litar bawah.. Kemudian saya duduk kat tempat sebelah pemandu sebab dah dia duduk kat tempat pemandukan.. Dia pun terangkan seperti ini :

A : Ok adik.. Sebelum ni pernah bawak kete tak?
S : Tak pernah..
A : Oh.. Hmm susah jugak ni.. Takpe2 jangan gisau.. Abang akan cuba bantu.. Ok yang ni clutch.. Yang ni 
      gear.. Ni minyak.. (Dan seterusnya)
S : Ok..
A : Ok sekarang bangun kita tukau tempat..
S : Ok..
A : Ok sekarang betulkan tempat duduk.. Ikut yang mana selesa.. Lepas itu tekan clutch dan masukkan gear 
      satu.. Lepas tu turun hand break.. Tengok cermin pandang kanan tu tengok belakang ada kete tak kalau 
      dah boleh gerak..
S : (melakukan apa yang disuruh)
A : Ok adik bawak slow sikit.. Jangan laju2.. 

Setelah membuat beberapa pusingan dalam litar tu dia suruh berehat.. Lepas pukul 2 baru mula balik.. Dan dia cakap lepas ni belajau dengan cikgu..





Selang beberapa hari pak cik tu telefon bagi tahu yang lesen L dah siap.. Maka esoknya bermula sesi belajau bawak kete..Pak cik tu amik lah saya macam biasa.. Keluar je dari simpang rumah saya pak cik tu berhenti dan suruh saya bawak.. Ingat suruh bawak pergi sekolah memandu rupanya jalan luau.. Jalan je mana2 yang dia suruh.. Esoknya buat dalam litar.. Buat parking, bukit dan 3 penjuru.. Lepas dah macam ok saya kejalanraya.. Ada jalan A dan jalan C.. Pak cik tu cakap biasa JPJ suka jalan C sebab jalan tu berbukit sikit.. Dia nak tengok macam mana kita imbangkan clutch dan minyak..

Bukit

Side Parking

3 Penjuru







Sunday, 19 May 2013

Pengalaman Belajar Memandu PART 1

Assalamualaikum semua.. 

Rasanya sudah lama saya tak update blog ni.. Saya banyak tengok dekat blog-blog lain banyak menceritakan pengalaman masing-masing masa ambil lesen kereta A.K.A Kelas D lah kan.. Jadi saya pun rasa nak jugalah kan kongsi pengalaman ni..

Sebenarnya saya ambil lesen ni sebab keluarga saya cakap senang kalau dah ada lesen.. Senang nak kemana-mana.. Lesen motor memang keluarga saya tak bagi ambil.. Tapi dalam perancangan lah kan..

Semuanya bermula masa tu ada saudara saya kahwin.. Masa tengah makan tu mak saya berbual lah dengan ada satu mak cik tu.. Perbualannya berbunyi begini :
MC : Kau datang dengan siapa ni?
M   : Dengan anak aku..
MC : Oh.. Anak perempuan kau ni dah ada lesen ke?
M    : Eh tak adalah dengan anak lelaki aku..Yang perempuan ni aku tengah cari orang yang
          ajau bawak kete ni..
MC : Ala pakcik aku pun ada ajau budak2 ni bawak kete.. Ok je dia ajau.. Tak garang..
M    : Oh baguslah.. Boleh ler anak aku belajau dengan pak cik kau tu..
MC : Nah nombor telefon pak cik aku..nanti kau telefon ler..

(MC = Mak Cik) (M = Mak)

Balik je dari umah kawin tu mak saya pun terus telefon pak cik tu.. Pak cik tu pon datang umah saya.. Minta duit RM150.. Pastu dia suruh saya isi nama, no IC dengan alamat.. Pastu dia cakap nanti Pak cik telefon..

2 hari pastu pak cik tu telefon cakap besok saya kena dengar ceramah KPP.. Jadi esoknya pak cik tu datang amik saya seperti yang dijanjikan.. Berdebau sikit pasal tak kenal sesiapa kan kat sana.. Sampai je sana pak cik tu bagi resit dan suruh daftar kat kaunter.. Lepas dah daftar pak cik tu suruh masuk dewan untuk sesi KPP.. Maka bermulalah hari yang membosankan.. Dalam dewan tu adalah 3-4 orang tua.. Sempat gak berborak masa rehat tu.. Ada yang amik lesen sebab suami dia dah meninggal abis kete tu takde sape nak bawak.. Ada yang lesen kena tarik.. Macam2 cerita.. Maka selepas mendengau penceramah tu membebel dan membebel dari pagi sampilah kepetang maka berakhirlah ceramah.. Keluar je dari dewan tu pak cik tu cakap yang lepas ni dah boleh amik Ujian Komputer.. Bila dah bersedia boleh telefon dia.. 

Adalah dalam 2-3 hari lepas dengar ceramah tu mak saya tanya dah boleh jawab ke ujian tu.. Saya jawablah macam bolehlah.. Mak saya suruh telefon pak cik tu.. Abang saya pula tanya betul ke dah bersedia ni sebab saya tak baca sangat pon buku yang disediakan tu.. Tapi saya rasa macam dah bersedia.. Maka dengan yakinnya saya pun menelefon pak cik tu.. Pak cik tu pun cakap nanti pak cik daftarkan.. Petang tu pak cik tu telefon cakap besok dah boleh jawab ujian tu..

Esoknya sesampainya kat sekolah memandu tu saya dah mula berdebau.. Pak cik tu suruh pergi naik tangga pergi dekat bilik untuk jawab ujian tu.. Sampai kat sana ada satu apek tu minta IC dan RM10.. Katanya untuk gambau.. Lepas tu semua calon disuruh duduk di satu bilik.. Dalam tu semua budak2 ada yang baca buku.. Ada yang berborak.. Kemudian apek tu dah mula panggil nama.. Tibalah giliran saya.. Dia suruh duduk dekat kerusi dan amik gambau.. Pastu dia beritahu tempat duduk di bilik komputer.. Saya pun masuk kebilik tu dan memulakan sesi menjawab..



Dalam masa 15 minit saya dah siap.. Dan resultnya 45/50.. Maka saya pun dengan bangganya keluau dari bilik tu dan menuju kearah apek tadi tu.. Apek tu tersenyum je.. Dan dia print kertas yang menandakan saya lulus.. Nanti korang taulah macam mana bentuknya.. Turun je tangga saya telefon pak cik tu beritahu saya dah siap.. Sementara tunggu pak cik tu sampai saya pun duduk dekat kerusi untuk budak2 tunggu turn bawak kete..

Dan ada kakak tu tanya.. Perbualannya bermula sebegini :

K : Hai dik.. Bau amik test komputer ke?
S : Ye kak..
K : Macam mana ok tak?
S : Ok lah.. Alhamdulillah lulus..
K : Baguslah.. Dulu akak 3 kali amik bau lulus.. Mula2 tu akak dah fed up.. Abis cikgu akak
       tu pujuk suruh amik jugak.. Mula2 akak dapat 32.. Lepas tu 41.. Kali ketiga bau lulus..
       Dapat 43..
S : Baguslah kak.. Ni akak dah berapa jam?
K : Akak baru pra test semalam.. Lagi 2 hari akak dah kena test jpj.. Tapi sebab akak ni
      nervous cikgu akak suruh praktis lagi..
S : Oh.. Good luck lah kak.. Jangan takut.. 
K : Thanks dik.. Ok lah dik cikgu akak dah panggil..

(K = Kakak) (S = Saya)

Lepas menunggu hampir 1 jam pak cik tu sampi tanya macam mana lulus ke tidak.. Saya pun jawab lulus.. Pak cik tu pun suruh pergi kaunter bagi kertas lulus tu.. Lepas tu pak cik bercakap dengan akak kaunter tu.. Pastu pak cik tu cakap nanti pak cik beritahu bila ceramah seterusnya..


Monday, 25 March 2013

Raisin Cup Cake

Assalamualaikum semua..
Dah lama tak update.. Harap semuanya sihat sejahtera.. Ok ramai yang suka makan kismis kan.. Jadi mari kita cuba buat Kek Cawan Kismis.. Ni antara bahan-bahannya..

  1. 150 gram mentega
  2. 185 gram tepung naik sendiri
  3. 150 gram gula halus
  4. 1/2 sudu teh soda bikabonat
  5. 3 biji telur
  6. 1 sudu teh vanilla
  7. Coklat rice (optional)
  8. Kismis
Mudah je kan.. Ok jom tengok cara-caranya..
  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
  2. Masuk telur sebiji demi sebiji dan esen vanila. Pukul lagi.
  3. Masuk tepung dan soda bikarbonat yang telah diayak. Adun sebati.
  4. Masuk coklat rice dan kismis. Gaul sebati.
  5. Bakar 10 minit pada suhu 180C atau hingga masak.

Wednesday, 6 March 2013

Simple Cup Cake

Assalamualaikum semua..
Apa kabau semua.. Harap semuanya sihat-sihat.. Hari ni kita akan buat Simple Cup Cake.. Senang je nak buat dah nama pon Simple Cup Cake kan.. Ok jom tengok bahan-bahannya.. 

  1. 150 gram mentega
  2. 185 gram tepung naik sendiri
  3. 150 gram gula kastor
  4. 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  5. 3 biji telur
  6. 1 sudu teh esen vanila
   Untuk Aising :
  1. 100 gram mentega
  2. 150 gram gula aising
  3. 2 sudu teh air panas
  4. 1 sudu teh esen vanila
  5. coklat rice (optional)
Sikit je kan bahan-bahan dia.. So, sekarang mari kita tengok cara-caranya..

1.   Pukul mentega dan gula hingga kembang..

2.   Masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanila..

3.   Masukkan tepung yang telah dicampur dengan soda bikarbonat.. Adun sebati..


4.   Masukkan adunan dalam acuan hingga 3/4 penuh..


5.   Bakar selamat 10 minit pada suhu 180 C
6.   Untuk aising pula, pukul mentega dan gula aising hingga kembang.. 
7.   Masukkan esen vanila dan air panas..Pukul lagi hingga putih dan berkrim..


8.    Pastikan kek tadi betul-betul sejuk baru disapu aising.. Kemudian bolehlah ditabur coklat rice..

TADAA!! INILAH HASILNYA




Sunday, 24 February 2013

Gambar2


 Assalamualaikum Semua..
Saje Je Letak Bahan2 Ni..
Kami Lebih Suke Meletakkan Gambar2 So That Our Reader Will Not Getting Bored..
Hehe..
(^_^)

























Friday, 22 February 2013

Biskut Chipsmore


  Assalamualaikum Semua..
Diharap Semua Sihat2 Sentiasa..
Hari Ini Kami Ingin Membuat Biskut Chipsmore..
Jadi Mari Kita Lihat Bahan2 Nya..

  1. 450 Gram Tepung Gandum (Diayak)
  2. 1 Biji Telur
  3. 250 Gram Mentega ( Boleh Gak Gune Marjerin)
  4. 115 Gram Gula Halus (Kalau Tkde 'Blender' Je Gula Pasir Sampai Halus)
  5. 110 Gram Gula Perang
  6. 100 Gram Coklat Chips
  7. 3 Sb Serbuk Koko
  8. 250 Gram Gajus (Optional)
  9. 1 Sk soda bikarbonat (ala yang penaik tu)
     *Sk = Sudu Kecil
     *Sb = Sudu Besar


Agak2 Senang Tak..
Hehe Jom La Cuba Buat :)

  1. Mula2, Pukul Mentega Bersama Gula Halus Dan Gula Perang Hingga Kembang Menggunakan 'Mixer' (Boleh Gak Guna 'Whisk' Yang Ala2 Mcm Nak Pukul Telur Tu).
  2. Kemudian Masuk Telur Dan Kacau Lagi.
  3. Masukkan Le Tepung Dan Soda Penaik Yang Telah Diayak Sedikit Demi Sedikit.
  4. Masuk Coklat Chips Dan Gajus.
  5. Buat Bentuk Kecik2 Dan Tekan Guna Garfu.
  6. Kalau Nak Nampak Lagi Cantik Letakkan Le Coklat Chips.
  7. Last Sekali Bakar 160 Selama 15 Minit Atau Sehingga Betul2 Masak Ye.
Selamat Mencube Ye :)





Crunchy Oat Cookies


Assalamualaikum Frenz..
Today We Gonna Make The Crunchy Oat Cookies..
So Lets See The Ingredient First :)

  1. 200 Gram of Butter (If Don't Have This Just Use Margarine)
  2. 80 Gram Of Sugar (Or Icing Sugar)
  3. 1 Tsp Of Vanilla Extract
  4. 125 Gram Of Flour
  5. 60 Gram Of Rice Flour
  6. 130 Gram Of Regular Oats
  7. Nuts (Optional)
  8. Raisins (Optional)

Now, Lets Cook :)

  1. First Of All, Mix The Butter With The Sugar And Vanilla Extract By Using Mixer Or Whisk Way.
  2. Mix The Oats, Nuts And Flour In Another Bowl.
  3. Then, Slowly Enter The Flour Into The Mix Butter Until It's Become The Dough.
  4. Make A Shape As Smaller As Thumb Size.
  5. Arrange Them In The Pan That Has Been Greased.
  6. Press With A Fork And Put Some Raisins As Garnish.
  7. Baked At A Temperature Of 175 °C For 20 To 25 Minutes Or Until Cooked.




Hehe Saje Je Try Taip Omputih..
Nk 'Improve'  Bahasa Le Katekan ;)
p/s: tk gune google pn hehe


















  • Wednesday, 20 February 2013

    Budak 12 Tahun Diberi Makan Sebelum Ditembak


    Budak lelaki kat bawah ni nama dia Balachandran Prabhakaran.. Dia baru berumur 12 tahun.. Dia merupakan anak kepada Velupillai Prabhakaran iaitu seorang Ketua Gerila Pembebasan Tamil Eelam.. Dia dibunuh hanya kerana dia anak kepada seorang Ketua pemberontak.. Kesian bukan tapi itulah yang terjadi..


    Balachandran Prabhakaran

    Dia diberi Makan dan selimut


    Beberapa jam kemudian dia di tembak dari jarak 

      dekat dengan 5 butir peluru tertanam di dada

    Velupillai Prabhakaran



    Puding Roti Kukus

    Assalamualaikum semua.. 

    Hari ni saya nak buat puding roti menggunakan kukus.. Tak susah senang je pon.. Jom kita cuba..

    Bahan-Bahan :
    • Roti 4 keping (dipotong kecil)
    • 1 tin susu cair
    • 2 biji telur
    • 4 sudu besar gula (blender) @ gula icing
    • 1 sudu kecil esen vanilla
    • 2 sudu besar mentega
    • Kismis (optional)
    Cara-Cara :
    1. Masukkan telur, esen vanilla dan gula kedalam bekas dan kacau rata.. Masukkan susu cair dan kacau lagi..
    2. Sapu mentega pada roti dan susun dalam loyang..
    3. Tuang adunan tadi kedalam lyang berisi roti tadi..
    4. Tabur kismis sebagai hiasan dan penyedap rasa..
    5. Kukus selama 20 - 25 minit dengan api sederhana.. (nak tahu dah masak atau tidak cucuk dengan garfu.. Kalau kat garfu tu bersih je dah masak la tu)
    6. Lepas dah siap kukus biaukan seketika.. Bila dah sejuk masukkan dalam peti sejuk selama 1-2 jam dan bolehlah dihidangkan..

    Dah Siap Dah Pun Mudahkan..  Selamat Mencuba !!!



    Pengukir Mikro

    Assalamualaikum semua..

    Korang semua pasti sukakan dengan benda2 kecik ni.. Ok hari ni apa kata kita tengok arca Willard Wigan ni.. Sebelum tu apa kata kita tahu serba sedikit latar belakang beliau dan kenapa beliau tergerak untuk buat arca unik ni.. 

    Willard Wigan yang dilahirkan pada tahun 1957 merupakan pengukir Inggeris dari Birmingham, England.. Dia yang dilahirkan sebagai kanak-kanak yang didiagnos dengan disleksia, Willard Wigan telah diejek dalam kelas oleh guru-guru sekolah rendah kerana tidak tahu membaca..Beliau mula megukir bermula pada usia 5 tahun.. Beliau mahu menunjukkan kepada dunia bahawa tiada apa-apa jua yang tidak boleh dilakukan.. Sejak itu beliau berazam untuk membuat karya seni yang lebih kecil, yang hanya boleh dilihat dengan mikroskop..   Ukiran beliau biasanya diletakkan di mata jarum atau di atas kepala pin. Satu arca tunggal boleh menjadi sekecil 0.005 mm..
    Secara purata, beliau mengambil kira-kira 8 minggu untuk menyiapkan satu patung dalam proses yang mencabar fizikal.. Kerana kerja-kerja adalah mikroskopik, beliau telah belajar untuk mengawal sistem saraf dan pernafasan untuk memastikan beliau tidak membuat walaupun pergerakan kecil.. Apabila  bekerja, beliau seperti memasuki sebuah negeri meditasi di mana degupan jantung diperlahankan, membenarkan beliau untuk mengurangkan sebarang gegaran tangan dan bekerja antara degupan jantung.. Menarik bukan.. Ok jom lihat antara koleksi karya Willard Wigan ni..